Sunday, March 8, 2015

Rasa aku yang kau tak rasa

Assalamualaikum selamat pagi isnin, catatan ini ku tulis untuk santapan diri tentang kawan yang hilang bila sudah selesai satu mimpi. Lama sungguh aku simpan perasaan ini. Setahun lebih. Ahh asyik nya aku tengok dia bergembira. Aku pula bagaimana? Takkan kau tinggal aku selepas kau melontar janji untuk selesaikan apa yang berlaku? Aku bukan hidup untuk ditindas, aku juga punya perasaan, perasaan dimana waktu yang kau luahkan untuk tunaikan. Ingat lah, aku di dalam 6 kau cuma 1. Fikir balik kau dimana dalam waktu aku masih belum pulang? Adakah kau berusaha untuk tunaikan kata? Atau cuma cuba sedapkan hati saja? Kalau benar ape yang kau katakan pada hari kedua kita, mungkin hari ini sudah tiada apa-apa untuk aku ungkap. Fikirlah kawan, aku taknak kau susah, aku bagi kau pilihan, aku bagi kau masa. Aku ingat kan ianya boleh selesai tanpa ingatan yang tajam, tapi semuanya hanya mainan bibir ikhlas. Fikirlah! Setahun yang lalu.

No comments :

Post a Comment

div id="fb-root">