Tuesday, July 16, 2013

Peribadi

Satu hari itu masa
Masa lampau atau masa lepas itu tiada beza.
Yang sama ia tetap masa.

Mengimbau itu tak apa
Jangan tersalah kembali pada kehidupan alpa
Jangan tersalah nilai semua yang pernah kita ada.

Aku..
Aku disini bukan mencari satu.
Tapi banyak yang aku cari..

Sekeliling aku tidak pernah lengang dengan suasana yang patut aku rasa
Yang patut aku damba.

Kelihatan manusia yang leka itu tetap berjuang dengan kata-kata kosong
Kelihatan juga manusia itu bersama dengan kata-kata kebenaran
Yang jelas ada dua jalan bagi kita untuk menilai.

Aku akan tinggalkan masa disini
Kerna aku akan pergi ke sana

Kemana?
Ke satu tempat dimana ilmu berleluasa

Aku tak mahu semua ditindas seperti biasa.
Biasa seperti melayan haiwan-haiwan yang durjana

Perhatikan masa yang selalu memerhatikan kita
Tak rasa ia letih dan hiba?
Tak rasa ia jemu dan bosan?
Tak sama sekali.

Dan masa juga
Membentuk fitrah yang dibendung dari azali.

-Hafiz-

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan

Perlahan....
Sunyi....
Seperti tiada berpenghuni..

Alhamdulillah syukur aku kehadrat ilahi..
Alhamdulillahhh...

Bulan Ramadhan bulan yang mulia
Bisikan hati penentu diri kita sendiri...

Mana bilang mu Taat pada AGAMA?
Mana bilang mu Berpuasa Penuh?
Adakah tak perlu Solat?

Jangan lalai
Jangan cuai..

Lakukan pekerjaan pada bulan yang mulia ini dengan keikhlasan mu kepada Tuhan

Allah SWT

Alhamdulillah syukur..

Tuesday, July 9, 2013

Rimas

Hoiiii
Aku rimasssssss!
Aku rimassssssssssss!

Sudahlah tu..
Jangan kau kacau hidup orang lagi
Jangan kau buta tentang diri sendiri..

Bangunnn
Bangunnnnnn
Fikirlah diri kau
Apa nak jadi dengan diri kauuu
Apa nak jadiiii?

Carilah tempat dimana kau anggap ianya perlabuhan.
Akhirat mu itu indah.
Dunia mu itu hanya sementara. 
Satu hari dengan dunia kau kan kenal apa itu Syurga

Timba ilmu Akhirat mu bukan untuk dibangga
Tutup ilmu dunia mu bukan untuk dihina
Tetap iman hati mu agar akhirat mu bahagia

Insyaallah..

Mata

Ramai mata melihat dunia
Tak semua mata memerhati yang benar

Ramai mata melihat sekeliling
Tak semua mata sedar akan realiti

Mata..
Kau begitu unik..
Memerhati..
Meneliti..
Menilai..
Semua kerana mata yang melihat..

Mata..
Jangan kau lupa..
Gambaran dunia yang kau lihat..
Kerna...

Satu hari nanti
Kau akan lena tiada bernyawa dunia..

Dan akhirat kelak
Mata jua yang kenalkan kita

Monday, July 8, 2013

Tolong....

Tolong...
Aku taknak terjerumus ke lembah neraka Mu Ya Allah.

Tolong...
Aku tak mahu menjadi seorang yang lupakan Mu Ya Allah

Tolong..
Ajari aku erti kehidupan yang kau berikan ini Ya Allah.

Tolong..
Jauhilah aku dari sifat yang melalaikan Ya Allah..

Tolong..
Lindungilah aku dengan doa-doa ibu dan bapaku Ya Allah.

Tolong..
Tetapkan iman ku hanya pada Mu Ya Allah..

Insyaallah..

Sunday, July 7, 2013

Doa ku pada pagi isnin pada-Mu Ya Allah

"Ya Allah, turunkanlah ketenangan dan ketegaran dalam hatiku pada setiap cobaan dan goncangan yang merintangi jalan perjuanganku."

-Doa Indah-

Soal Isi Hati

Merenung aku keluar jendela
Memerhati cerita tentang dunia
Menanti masa untuk bertukar
Menunggu saat bersama kejayaan

Hari ini,
Siapa bersama kita?
Siapa mencari kita?
Siapa pula yang menanti kita.

Esok,
Siapa perlukan kita?
Siapa impikan kita?
Dan siapa pula yang menaruh kepercayaan pada kita..

Lepaskan lelahmu dikala senang
Kelak akhirnya kita berlenggang

Semangat datang dari harapan
Seseorang yang tak mungkin padam
Seseorang yang tak mungkin hilang
Dari nurani yang tak pernah lengang.

Hari ini bukan hari esok
Impian bukan hari semalam
Benih senantiasa nantikan kejayaan
Bawa mereka kedunia yang aman.

Saturday, July 6, 2013

Pernyataan atau Pertanyaan

Hari-hari mu penuh dengan tanda soal
Kesana sini penuh rasa janggal
Kau cuba fahami cuma kau saja yang lalai
Menanti jawapan kau berpura pandai.

Kini kau tak fikir kau akan belajar
Kau terus bertanya dan terus berpura

Kau tau apa itu rimas?
Kau tau apa itu rasa tidak selesa?

Jangan samakan diri kita dengan mereka
Jangan samakan diri aku dengan mereka
Jangan samakan diri kau dengan mereka
Kerana manusia sudah punya jalan mereka.

Terkadang

Terkadang kesepian tiada peneman.
Terkadang ku pergi mencari teman.
Terkadang ku termenung mengingatkan teman
Terkadang teman datang memberi semangat yang terang.

Terkadang meninggi meninggalkan teman
Tanpa rendah diri mencari teman
Terkadang mendengar berfikir sejenak
Terkadang bersedih teman bersedia

Panda !

                                   HI ! :D


I'm PANDA .

Friday, July 5, 2013

Beradu

Sebenarnya dia sedang ingat aku
Sebenarnya dia tak mampu beradu
Sebenarnya dia perlukan aku
Sebenarnya aku perlu memeluknya.

Kasihku.. 
Selamat beradu..

Terima Kasih

Terima kasih
Kau hadir tanpa ku sedari

Terima kasih
Kau di sisi tanpa kata pergi

Terima kasih
Kau mengenali ku seperti masa berlari

Terima kasih
Kerana kau ku tersenyum sendiri

- Hafiz -

OtakKu

Kepala ku pening
Kepala ku pening
Memikirkan semua hal
Hal yang patut aku lalui.

Rima ku lari,
Pergi ke mana ku tak pasti
Yang pasti hati ku
Tetap cuba berdiri.

Langkah ku sepi.
Semangat ku pudar
Siapa di sisi menemani
Hanya Tuhan yang mengenali.

Kini hati ku berdiri
Cuba melawan mimpi
Untuk bertemu sang Realiti.
Di hari terang ia menanti.

Tangan

Kenapa ia tak berhenti berkerja ? 
Kenapa ia terus berjalan ?
Kenapa ia terus berusaha ?
Kenapa ia masih dirantauan ?

Kenapa ? Kenapa ?

Nada Sepi

Dari dalam ia berbunyi
Dari sudut nurani ia mencari
Mengapa pengertian ini lewat
Mengapa permulaan ini hebat.

Waktu tetap sama
Hari berubah corak
Fikiran senantiasa bersedia
Untuk apa yang tiba kelak.

Mata melihat dunia
Otak menilai harta
Sementara ibarat selamanya
Hati saja yang tahu binasa.

Kalau ku letih ku berehat
Kalau ku berehat ku fikir ku senang.
Kalau ku diam ku tak berusaha
Tetapkan kayuhan agar semua terlaksana.

- Hafiz -
div id="fb-root">