Monday, September 30, 2013

Latihan Otak

 Assalamualaikum.

Sesungguhnya Allah Yang Maha Kuasa, yang benar-benar berkuasa atas segala sesuatu, dan tidak pernah dimintai pertanggung jawaban. Allah Maha Adil, jadi apa pun yang ditimpakan kepada anda pasti sempurna dan anda tidak patut kecewa. Kecewa mungkin sahaja anda rasakan jika anda salah dalam mengambil sikap terhadapnya.Yakinkanlah bahawa perhitungan Allah tidak semata-mata di dunia tetapi adalah persiapan menuju Syurga.

Sunday, September 8, 2013

Rahsia Dan Kelebihan Hari Isnin dalam Islam

Kelebihan Hari Isnin.


Daripada Abu Qatadah al-Ansari berkata: Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat tentang kelazimannya berpuasa pada setiap hari Isnin. Maka baginda bersabda: "Padanya aku dilahirkan dan padanya wahyu pertama diturunkan kepada ku".(HR Muslim)

Keterangan Hadis:

1) Merayakan maulid rasul termasuk dalam rangka memuliakan Rasulullah SAW dan sesiapa yang meraikannya diberikan pahala oleh Allah SWT. Begitu juga menyambut hari-hari kebesaran Islam yang lain seperti Maal Hijrah, Nuzul al-Quran, Hari Raya Puasa dan Haji, Nisfu Syaaban dan sebagainya.

2) Allah SWT berfirman dalam surah al-Haj ayat 32 yang maksudnya : "..dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah, maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu adalah satu kesan daripada sifat-sifat hati yang bertaqwa kepada Allah"

3) Mengucapkan selawat ke atas Nabi SAW adalah amalan yang amat digalakkan dalam Islam kerana Allah SWT berfirman yang maksudnya "Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi. Wahai orang beriman, hendaklah kalian berselawat baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya." (Al-Ahzab:56)

4) Umat Islam juga disunatkan berpuasa pada hari Isnin kerana ia merupakan amalan yang selalu dilakukan oleh Rasulullah SAW.

5) Pada hari Isnin juga wahyu pertama di turunkan kepada Rasulullah SAW. Bermula dari hari itu Rasulullah terus menerima wahyu hingga sempura ALQuran untuk panduan kepada kehidupan kita dunia dan akhirat.Kita diwajib membaca AlQuran dan mengamalkan semua yang terdapat didalamnya.

Peristiwa Hari Isnin ~ Hari Isnin adalah hari Pelayaran & Perniagaan. Kerana telah dijelaskan bahawa pada hari Isnin terdapat 7 peristiwa iaitu:

1. Nabi Idris, A.S. telah naik ke langit pada hari Isnin,
2. Nabi Musa, as. Telah pergi ke bukit Thursina pada hari Isnin untuk menerima wahyu,
3. Turunnya Dalil tentang ke-Esa-an Allah,
4. Lahirnya Rasulullah Muhammad saw,
5. Malaikat Jibril, as. turun untuk pertama kalinya bertemu Rasulullah,
6. Semua amal perbuatan Umat diperlihatkan kepada Rasaulullah saw pada hari Isnin,
7. Wafatnya baginda Rasulullah Muhammad S.A.W.

Oleh kerana itu, barang siapa yang berlayar atau ingin mengadakan perjalanan maka seeloknya lakukanlah pada hari Isnin. Selain itu, Ummat Islam juga digalakkan untuk melakukan puasa sunat pada hari Isnin.

Hadis Rasulullah tentang Kelebihan hari Isnin dalam Islam:

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam Tirmizi).

Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab; “Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Zikir Hari Isnin

لَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِمِ

“La Haula Wala Quwwata Illa Billah”, maksudnya tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT.

Fadhilat Zikir ini Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)

Kelihatan di surabaya

Tadi,
Aku mengakses laman twitter ku seperti biasa.

Ku terlihat,
Seorang wanita sedang berpuisi.

Ku tak pasti tentang pertama kali nya.
Dan kepastian nya tiba pabila kedua kali nya.

Ku tatap apa yang di luahkan nya satu persatu.
Ku fahami itu isi hati nya.

Ya..
Perempuan yang pandai menggunakan hati.
Tapi aku lelaki.
Lelaki yang jarang menggunakan isi hati.
Lelaki yang mempunyai 9 emosi.
Lelaki yang mempunyai 1 rasional.

Perempuan,
Jangan salah guna hati ini,
Hati yang diberi pinjaman untuk duniawi,
Pinjaman yang akan di ambil satu hari nanti.

Pinjaman ini dari Ilahi.
Dari Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Besar.

Ingatlah,
9 rasional 1 emosi.
Jaga ia baik-baik.
Jangan cemarinya.

Untuk Akhirat mu disana.

Amin.

Saturday, September 7, 2013

Rahsia Kelebihan Hari Ahad dalam Islam

Hari Ahad


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ALLAH SWT menjadikan seminggu itu terdiri daripada tujuh hari. Dan di dalam tiap hari-hari tersebut terjadi peristiwa-peristiwa tertentu yang merupakan rahsia keutamaan dari hari tersebut.

Sebagaimana Firman ALLAH SWT bermaksud:

"Dan kami bina di atas kamu tujuh buah langit yang kukuh" - Surah: An-Naba',12.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. mengatakan: "Bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang hari ahad, maka baginda menjawab: Hari Ahad adalah hari menciptakan dan memakmurkan. Para sahabat bertanya: Mengapa demikian ya Rasulullah SAW? Rasulullah SAW menjawa: Kerana Hari itulah ALLAH SWT mulai menciptakan dunia dan memakmurkannya."


Rahsia Kelebihan hari AHAD:

1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis
4. Allah menjadikan 7 anggota Adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar..
7. Allah menjadikan lautan yang tujuh...

Thursday, September 5, 2013

Hiburan dan Pemakanan



Segala macam makanan segera (fast food) yang akan melembabkan otak anda di samping wujudnya pelbagai jenis penyakit yang semakin pelik. Otak tidak mampu berfungsi secara Islamik, sebab itu anda ‘just like cattle’ kerana tidak mampu menggunakan mata telinga dan hati untuk benar-benar melihat, mendengar dan memahami. Allah SWT berfirman:


وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيراً مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya ayat-ayat Allah, dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya bukti keesaan Allah dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya ajaran dan nasihat ; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi ; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Surah Al-A'raaf: 179

http://www.matsumas.org

Sunday, September 1, 2013

Assalamualaikum

Tidak ada jalan dan ikhtiar lagi kecuali kembali kepada Allah. 

Perkukuhkan solat lima waktu dengan sunat rawatib.

Luangkan dan lapangkan masa dengan membaca al-Quran dan berselawat. 

Kurangkan makan dan lisan. 

Bercakap hanya yang baik atau diam.

Wallahualam :)
div id="fb-root">