Tuesday, December 16, 2014

Aku Insan Lemah

  Assalamualaikum Selamat Pagi, hari ini setelah sekian lama aku tidak mengisi petak yang tersedia ini hati ku mula terpanggil untuk mengisi kekosangan dalam petak empat segi ini. Haihh.. mengeluh panjang juga hari ini. Ialah, aku dah buat satu mistake yang agak besar tentang kepercayaan. Aku sudah meragut kepercayaan seorang wanita kerana aku pasti dia mampu untuk membenarkan isi hati aku dibawa ke satu tempat yang soleh. Tapi kenapa aku masih lagi tercari-cari makhluk Mu yang sudah hadir dalam hidup ku. Kenapa mesti aku luahkan segala isi hati ku disini walhal asih ada yang sudi mendengar. Tanya diri. hahaha. Aku ingin benar mengenal isi hatinya dari sudut dalaman. Aku tau dia mampu membentuk ku dalam masa aku juga sedang berusaha untuk kekal bersamanya. Sayangnya aku telah merobek hatinya yang sekarang ini sedang dibentuk oleh diriku. Aku tau aku insan yang lemah. Yang memerlukan kekuatan dari Mu Yang Esa. Ya Allah aku terima kehadiran seseorang dalam kehidupan aku untuk mengubah gaya pandang dalam hidupku ini. Maafkan aku Ya Allah. Terangkan hatinya untuk menerima kesilapan pertama yang takkan ku ulanginya. Memang aku mentah, sebab aku nie sudah lama ditindas. Namun tiada siapa yang menegakkan. Maafkan Aku Insan Yang bernama Sayang dalam jiwa. Maafkan aku.

  Ya Allah, buka hati ku dengan lafaz bismillah di setiap pagi. Untuk ku menempuhi pelbagai dugaan di dan cabaran di hari kelak. Disamping aku cuba untuk memetik senyuman di raut wajah orang tua ku. Ya Allah, Ampuni lah daku jika hanya sedikit amalan yang ku lakukan di hari ini dan semalam sedang aku mencuba untuk memperbaiki Akhlak ku kepada Mu. Aminnn..
div id="fb-root">